suria

Jambatan Lebuh Raya Runtuh di AS, Mangsa dan Kenderaan Terhumban Dalam Sungai

MOUNT VERNON (Washington): Jambatan lebuh raya yang menghubungkan Seattle dengan Kanada dan sebahagian wilayah barat daya Pasifik runtuh pada Jumaat menyebabkan sejumlah besar kenderaan dan orang ramai terhumban ke dalam sungai, kata peronda Wilayah Washington.

Jambatan empat lorong itu runtuh kira-kira setengah perjalanan di antara Seattle dan Vancouver, British Colombia.

Peronda lebuh raya, Mark Francis berkata, beliau tidak pasti jumlah mangsa yang berada di dalam air atau sama ada mereka mengalami kecederaan atau kematian.

Beliau juga tidak pasti punca yang menyebabkan jambatan itu runtuh pada ketika permulaan hari hujung minggu paling sibuk tahun ini. - AP

Artikel Lain