Ford Hentikan Pembuatan Di Australia Menjelang 2016 - Dunia | mStar

Ford Hentikan Pembuatan Di Australia Menjelang 2016

MELBOURNE: Ford akan menghentikan operasi pembuatannya di Australia pada Oktober 2016 yang menyebabkan 1,200 hilang pekerjaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ford Australia Bob Graziano berkata syarikat menanggung kerugian A$141 juta selepas cukai pada tahun kewangan lepas dengan kerugian A$600 juta sejak lima tahun lalu.

Ford Australia mempunyai lebih 3,500 pekerja di kilang pengeluarannya di Broadmeadows, utara Melbourne dan bandar Geelong.

Pada Januari tahun lepas, kerajaan Australia menyumbang A$34 juta kepada projek menaik taraf Ford berjumlah A$103 juta dan juga kerajaan Victoria pada jumlah yang tidak dinyatakan.

Kos pembuatan kereta di Australia tidak kompetitif, kata Graziano kepada pemberita di sini dan menambah yang syarikat akan terus memberi bantuan kepada 1,200 pekerja yang terlibat. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain