suria

FBI Tembak Mati Lelaki Disyaki Ada Kaitan Pengeboman Maraton Boston

Ibragim Todashev ditembak mati kerana cuba menyerang ejen FBI.
Ibragim Todashev ditembak mati kerana cuba menyerang ejen FBI.
Ibragim Todashev ditembak mati kerana cuba menyerang ejen FBI.

ORLANDO: Seorang warga Chechen yang disoal-siasat kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan seorang suspek pengeboman Maraton Boston ditembak mati oleh seorang ejen FBI di Florida pada Rabu.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Ibragim Todashev, 27, terpaksa ditembak kerana cuba menyerang ejen itu.

Todashev yang tinggal di Boston dan mengenali Tamerlan Tsarnaev, abang kepada dua suspek pengeboman pada acara maraton 15 April lalu yang mengorbankan tiga orang manakala 264 lagi cedera.

NBC News melaporkan Todashev mengaku terlibat dalam tiga kes homisid di subbandar Boston pada 2011 yang tidak diselesaikan di mana penyiasat percaya ada kaitan dengan dadah.

Artikel Lain