suria

Manusia Terkaya Australia Alami Penguncupan Harta Sebanyak Aus$7 bilion Tapi Masih Kekal Di Tangga Teratas

SYDNEY: Tauke lombong Gina Rinehart mendapati kekayaannya telah menguncup sebanyak Aus$7 bilion (AS$6.8 bilion) dalam tempoh setahun yang lalu tetapi masih kekal disenarai teratas manusia paling kaya di Australia.

Rinehart, yang merupakan pewaris kepada kekayaan bapanya iaitu pelombong bijih besi di Barat Australia, masih mengekalkan kedudukan nombor satu untuk tahun ketiga berturut-turut.

Kekayaan peribadinya kini dianggarkan berjumlah Aus$22.02 bilion.

Jumlah tersebut bagaimanapun susut sebanyak Aus$7 bilion berbanding kekayaan terkumpulnya yang berjumlah Aus$29.17 bilion setahun yang lalu.

Ini juga bermakna yang Rinehart kehilangan sekurang-kurangnya lebih dari Aus$19 juta sehari dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Para penganalisis menganggarkan penguncupan kekayaannya itu disumbangkan oleh harga bijih besi yang merudum di seluruh dunia.

Artikel Lain