suria

Operasi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Puting Beliung Diteruskan

Usaha mencari mangsa yang terselamat sedang giat dilakukan.
Usaha mencari mangsa yang terselamat sedang giat dilakukan.
Usaha mencari mangsa yang terselamat sedang giat dilakukan.

MOORE, Oklahoma: Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa yang terperangkap dan terkorban dalam tragedi puting beliung yang melanda Oklahoma City pada Selasa.

Dalam kejadian itu, seramai 24 orang disahkan maut termasuk sembilan kanak-kanak akibat bencana puting beliung yang paling buruk di Amerika Syarikat (AS) sepanjang tempoh dua tahun.

Saintis menyifatkan ribut tersebut sebagai luar biasa dan jarang berlaku yang dikenali sebagai EF5.

Selepas hampir 24 jam operasi menyelamat dilakukan, ketua pegawai kebakaran bandar Moore, Gary Bid yakin tiada lagi mayat atau mangsa terperangkap di sebalik sisa runtuhan.

"Saya 98 peratus yakin," katanya.

Pihak berkuasa tidak pasti berapa banyak rumah yang musnah dan jumlah keluarga yang terjejas.

Anggota keselamatan menghadapi kesukaran mengesan kawasan perumahan yang terjejas teruk kerana ketiadaan papan tanda jalan.

Beberapa petugas menggunakan telefon pintar atau GPS untuk membawa mereka ke kawasan yang tidak mempunyai papan tanda jalan.

Artikel Lain