suria

Seorang Terbunuh Dalam Kejadian Angin Ribut Di Oklahoma

SHAWNEE, Oklahoma: Pihak berkuasa berkata, satu kejadian angin ribut telah merosakkan sebuah kawasan kediaman di Oklahoma sehingga mengorbankan seorang lelaki yang berusia 79 tahun, di mana mayatnya ditemui di kawasan terbuka di kejiranan itu.

Sheriff Daerah Pottawatomie, Mike Booth turut berkata, terdapat enam orang yang tinggal di rumah mudah alih di pinggir bandar Oklahoma mengalami kecederaan.

Selain itu katanya, antara 30 dan 35 rumah mengalami kerosakan yang ketara.

Ribut yang berlaku merentasi dari Texas sehingga ke Minnesota.

Pakar ramalan cuaca memberi amaran kepada penduduk mengenai cuaca buruk akan berlaku sejak Rabu lepas. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain