suria

Lima Maut, 20 Tertimbus Dalam Letupan Di Timur China

BEIJING: Lima orang disahkan maut manakala 20 tertimbus dalam kejadian letupan di sebuah kilang di timur China, Wilayah Shandong, pada Isnin.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, terdapat 34 orang sedang bekerja di kilang berkenaan, lapor CCTV, stesen televisyen yang dikendalikan kerajaan.

Laporan itu memetik jabatan bomba tempatan yang berkata 14 mangsa dapat diselamatkan dan operasi menyelamat masih berjalan.

Beberapa bangunan turut runtuh akibat letupan yang kuat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain