suria

Presiden Costa Rica Didakwa Guna Jet Peribadi Milik Kumpulan Pengedar Dadah

SAN JOSE: Presiden Costa Rica disyaki terbabit dalam skandal apabila dia menggunakan jet peribadi milik suspek yang dikaitkan dengan kumpulan mengedar dadah di Colombia.

Pendedahan itu menyebabkan menteri komunikasinya meletak jawatan dan mengakibatkan perisik rasmi Costa Rica tersentak untuk menjelaskan bagaimana perjalanan terbabit terlepas daripada pengawasan mereka.

Chinchilla membuat dua perjalanan, satu ke Venezuela dan satu lagi ke Peru menggunakan pesawat peribadi milik Gabriel Morales Fallon, warga Colombia yang memperkenalkan dirinya kepada Menteri Komunikasi, Francisco Chacon dengan menggunakan nama palsu. - AFP

Artikel Lain