suria

Letupan Bom Di Iraq, 12 Maut, 30 Cedera

BAGHDAD: Sebanyak dua kereta diletupkan di kawasan kejiranan puak Syiah di ibu negara Iraq di Baghdad pada pagi Khamis, sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang awam dan mencederakan 30 yang lain, kata pegawai.

Polis Baghdad berkata, serangan pertama itu berlaku di hentian teksi dan bas ketika waktu puncak di bandar Sadr.

Antara lima yang terbunuh ialah kanak-kanak berusia tujuh tahun, dan 16 cedera, kata dua pegawai.

Satu lagi letupan kereta menyerang pasar kecil di hentian teksi di kawasan pinggir bandar Kamaliya, mengorbankan tiga orang awam dan mencederakan 14 yang lain, kata mereka.

Dua pegawai perubatan di hospital berhampiran mengesahkan jumlah kematian.

Serangan itu berlaku selepas satu serangan bom pada Rabu yang menyerang kawasan tumpuan di kejiranan Syiah, mengorbankan 33 orang.

Sekurang-kurangnya tujuh daripada mereka terkorban di Bandar Sadr apabila sebiji bom dalam sebuah kereta diletupkan di hentian bas. - AP

Artikel Lain