suria

Taufan Alvin Muncul Di Pantai Mexico

MIAMI: Taufan tropika pertama dari timur Pasifik atau dikenali sebagai Taufan Alvin muncul di pantai Mexico pada Khamis.

Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat di Miami berkata, taufan tersebut mula dikesan pada Khamis dan mempunyai kekuatan angin kira-kira 64 kilometer sejam serta bergerak ke barat dengan kelajuan 21 kilometer sejam.

Taufan itu berpusat kira-kira 1,070 kilometer di barat daya Acapulco, Mexico.

Ia juga boleh bertukar menjadi taufan buruk dalam beberapa hari tetapi tidak membawa sebarang ancaman terhadap kawasan darat. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain