suria

Pilihan Raya Umum Pakistan: Nawaz Isytihar Kemenangan

LAHORE: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif mengumumkan kemenangan parti pimpinannya dalam pilihan raya umum Pakistan,Sabtu.

Kemenangan itu membolehkannya membentuk kerajaan sekali gus memegang semula jawatan tersebut buat penggal ketiga.

Nawaz membuat pengumuman apabila keputusan tidak rasmi diumumkan selepas hampir 60 peratus daripada 86 juta pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya umum itu.

Parti yang dipimpin bekas pemain kriket Pakistan, Imran Khan yang berjanji menamatkan penyelewengan dan mendapat sokongan masyarakat golongan pertengahan serta pengundi muda, mengaku kalah selepas pengumuman keputusan tidak rasmi itu dibuat. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain