suria

Tiga Individu Bebas Jangkitan Virus SARS

PARIS: Tiga individu yang disyaki dijangkiti virus baru 'novel coronavirus' yang mempunyai kaitan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), didapati bebas daripada virus maut berkenaan.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan Perancis di sini pada Sabtu.

Menterinya, Marisol Touraine berkata, ketiga-tiga individu itu telah menjalani ujian darah.

"Mereka disahkan bebas daripada virus tersebut, namun dua lagi kes masih disiasat," katanya.

Tiga kes itu dilaporkan berlaku di utara Perancis dan dipercayai mempunyai kaitan dengan seorang lelaki berusia 65 tahun yang pernah dirawat di hospital tersebut pada April lalu.

Lelaki tersebut didapati baru saja pulang bercuti dari Dubai dan Arab Saudi.

Artikel Lain