suria

Pejuang Palestin Di Syria Bentuk Unit Pertempuran

BEIRUT: Sebuah kumpulan pejuang Palestin yang berpangkalan di Syria dilapor sedang membentuk unit pertempuran untuk merampas semula kawasan yang dijajah Israel, terutamanya di Golan Heights.

Unit tersebut ditubuhkan selepas kumpulan tersebut mendapat sokongan Presiden Bashar al-Assad dan Hezbollah.

Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin-Pemerintah Umum (PFLP-GC) berkata, mereka sedang bersiap sedia melancarkan operasi baru ke atas rejim Zionis selepas hampir 40 tahun tidak melakukan sebarang operasi di kawasan sempadan Syria-Israel.

Kumpulan PFLP-GC yang dilabelkan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Barat lain, merupakan kumpulan pejuang yang paling aktif pada 1970-an dan 1980-an.

Sehingga kini kumpulan tersebut masih mempunyai pengaruh besar di Syria dan Lebanon.

Artikel Lain