suria

Pemberontak Syria Tahan Empat Anggota Pemerhati PBB

NEW YORK: Sekumpulan pemberontak Syria mendakwa menahan empat pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditugaskan memantau gencatan senjata di wilayah negara itu yang bersempadan dengan kawasan jajahan Israel, di Bukit Golan. Kumpulan pemberontak dari Briged Syahid Yarmouk mengakui menahan empat anggota pemerhati PBB itu atas alasan memastikan keselamatan mereka ekoran pertempuran sengit di kawasan berkenaan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain