Dua Letupan Bom Ragut 13 Nyawa Di Pakistan - Dunia | mStar

Dua Letupan Bom Ragut 13 Nyawa Di Pakistan

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam dua letupan bom di Khyber-Pakhtunkhwa, wilayah barat laut Pakistan. Kejadian letupan terbaharu itu menjadikan jumlah kematian meningkat lebih 100 orang menjelang pilihan raya di negara ini yang akan diadakan pada 11 Mei ini. Perdana Menteri sementara, Mir Hazar Khan Khoso mengutuk serangan ganas itu yang dikaitkan dengan proses pilihan raya di negara ini dan mengarahkan pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan