suria

Kebuluran Di Somalia Korbankan 258,000 Orang

NAIROBI: Hampir 260,000 orang telah menjadi korban kebuluran di Somalia - separuh daripada mereka adalah kanak-kanak, demikian menurut laporan yang disediakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Laporan itu juga menyebut bahawa PBB sepatutnya bertindak lebih pantas dan jauh lebih awal dari itu untuk mengelakkan korban yang lebih besar.

Kematian besar akibat kebuluran dan kekurangan makanan itu berlaku antara tahun 2010-2012.

Pada tahun 1992, kebuluran di negara itu turut mengorbankan 220,000 nyawa.

Sebahagian daripada jumlah yang terkorban itu adalah kanak-kanak yang berusia lima tahun dan ke bawah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain