suria

Kanak-Kanak Antara Enam Terkorban Di Selatan Thailand

PATANI: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun adalah di antara enam yang terkorban dalam kejadian tembak menembak di sebuah kedai runcit di Selatan Thailand.

Empat lelaki yang memakai pakaian seragam tentera secara tiba-tiba melepaskan tembakan secara membabi buta ke arah sekumpulan penduduk kampung yang sedang bersembang di hadapan sebuah kedai runcit di sini.

Insiden itu disahkan oleh Pengerusi Majlis Keselamatan Negara, Paradorn Pattanatabut.

"Saya bagi pihak kerajaan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tidak berperi kemanusiaan ini ke atas masyarakat yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak," tegasnya dalam satu kenyataan, Khamis.

Kumpulan yang bertindak kejam itu tidak mendedahkan identiti mereka tetapi meninggalkan sekeping nota yang menyebut ia adalah tindakan membalas dendam di atas kematian anggota kumpulan mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain