suria

Bom Taliban Korbankan Lapan Polis Afghan

PULI ALAM (Afghanistan): Gerakan Taliban telah meletupkan sebuah jip sarat dengan anggota polis mengorbankan lapan di antara mereka pada Khamis di wilayah Logar pinggir bandar Kabul.

Pasukan polis tempatan bersama skuad pengaman NATO sedang menjalankan rondaan menggunakan beberapa buah jip apabila bom yang disasarkan itu meletup.

"Salah sebuah jip yang dinaiki oleh anggota-anggota polis tempatan telah terlanggar sejenis bahan letupan mengorbankan lapan daripada mereka," kata Rais Khan Sadeq, timbalan ketua polis wilayah Logar kepada agensi berita AFP.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain