suria

Pengebom Berani Mati Nekad Rempuh Bas

PESHAWAR: Seorang pengebom berani mati bertindak nekad merempuh sebuah bas di bandar ini menyebabkan lapan orang mati dan 45 yang lain cedera.

Dua kakitangan pejabat konsulat Afghanistan antara mangsa dalam serangan tersebut, yang menjadikan kakitangan kerajaan sebagai sasaran utama.

Keganasan berdarah tersebut berlaku menjelang pilihan raya yang dijangka diadakan 11 Mei ini.

Sejak 11 April lalu, seramai 58 calon terbunuh dalam serangan ke atas ahli-ahli dan parti politik. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain