suria

Mangsa Terakhir Runtuhan Bangunan Mati Dalam Kebakaran

SAVAR, Bangladesh: Satu kebakaran yang berlaku di lokasi runtuhan bangunan lapan tingkat di sini, Ahad menyebabkan seorang wanita terbunuh ketika mangsa cuba dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat, Ahmed Ali berkata, kebakaran yang berlaku secara tiba-tiba itu telah menggagalkan usaha mengeluarkan wanita berkenaan yang dipercayai sebagai mangsa terakhir yang masih hidup.

"Seorang anggota bomba turut mengalami kecederaan akibat kebakaran berkenaan," jelasnya. - AFP

Artikel Lain