suria

Suspek Pengeboman Boston Boleh Dihukum Mati Jika Sabit Kesalahan

Pelekat dengan tulisan 'Boston Strong' bersama bendera Amerika Syarikat diletakkan di memorial sempena memperingati kejadian pengeboman Marathon Boston. Suspek, Dzhokhar Tsarnaev (gambar kecil) bakal berhadapan dengan hukuman mati selepas didakwa pada Isnin atas kesalahan menyebabkan kematian tiga orang awam dan 200 cedera dalam insiden berkenaan.

WASHINGTON: Dzhokhar Tsarnaev, remaja Chechen yang menjadi suspek dalam insiden letupan bom ketika maraton Boston minggu lalu, didakwa menggunakan senjata pemusnah besar-besaran dan boleh dikenakan hukuman mati, jika sabit kesalahan, kata Jabatan Peguam Negara, Amerika Syarikat.

Tsarnaev, 19, juga didakwa dengan satu tuduhan berniat jahat memusnahkan harta benda dengan menggunakan bahan letupan berbahaya, kata jabatan itu dalam dalam satu kenyataan.

Suspek terbabit kini masih berada di hospital dan keadaannya dilaporkan serius.

Tuduhan ke atas suspek, jika sabit kesalahan, adalah hukuman mati atau penjara seumur hidup atau apa-apa tempoh tahun, kata kenyataan itu.

"Walaupun siasatan kami berterusan, tuduhan hari ini mengakhiri suasana tragis selama seminggu di bandar Boston, dan negara kita," kata Peguam Negara, Eric Holder. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain