suria

Pertempuran Pasukan Keselamatan-Pelampau Ragut 185 Nyawa di Nigeria

BAGA (Nigeria): Sekurang-kurangnya 185 orang terbunuh susulan pertempuran antara pasukan tentera dan kumpulan pelampau di timur laut Nigeria, kata pegawai tempatan pada Isnin.

Pertempuran itu menyaksikan pemberontak melancarkan serangan bom tangan manakala tentera membalas dengan tembakan mesin-gan di kawasan padat dengan orang awam.

Serangan itu bermula pada Jumaat dan tercetus selama beberapa jam, menyebabkan kumpulan pemberontak lari ke kawasan belukar di sekitar Tasik Chad. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain