suria

Pengguna Singapura Jangka Inflasi Terus Menurun

SINGAPURA: Pengguna Singapura menjangka inflasi terus turun di tengah-tengah penurunan global dan keadaan tidak menentu berhubung prospek ekonomi global yang lemah.

Ini adalah berdasarkan kepada keputusan terbaharu Indeks Jangkaan Inflasi SKBI-MasterCard Singapore (SInDEx).

SInDEx, yang dibangunkan bersama oleh Sim Kee Boon Institute for Financial Economics (SKBI) Singapore Management University (SMU) dan MasterCard, adalah hasil daripada kaji selidik dalam talian bagi kira-kira 400 individu yang dipilih secara rawak daripada isi rumah Singapura.

Kaji selidik dalam talian itu membantu penyelidik memahami tingkah laku dan sentimen pembuat keputusan di kalangan isi rumah Singapura.

Dr Aurobindo Ghosh, Pengarah Program SMU SKBI berkata: "Dasar monetari pengembangan global bersepadu dan operasi pasaran terbuka oleh bank-bank pusat selepas Krisis Kewangan Global (GFC), serta kadar faedah rendah di Amerika Syarikat, zon Eropah dan ketika ini di Jepun, tidak menyebabkan jangkaan inflasi yang teruk dalam ekonomi terbuka kecil seperti Singapura."

Beliau berkata satu alasan kemungkinan bagi ini ialah inflasi diimport telah menyederhana. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain