suria

Seorang Rakyat China Antara Yang Maut Dalam Letupan Di Boston

NEW YORK: Pegawai Konsulat China di New York mengesahkan seorang rakyatnya maut dalam tragedi letupan bom ketika berlangsungnya acara Maraton Boston, pagi Selasa.

Pegawai Konsulat itu yang enggan namanya disiarkan berkata, mangsa yang meninggal dunia merupakan seorang pelajar.

Katanya, seorang lagi rakyat China dilaporkan cedera.

Pegawai konsulat itu kini berada di Boston untuk menyiasat punca kejadian dan membantu ahli keluarga mangsa.

Agensi berita Xinhua melaporkan, ahli keluarga mangsa meminta agar identiti mangsa tidak didedahkan. - AP

Artikel Berikut

AS Diserang Kali Kedua?

Artikel Lain