suria

Selepas Iran & Pakistan, PNG Pula Dilanda Gempa Bumi

SYDNEY: Selepas Iran dan Pakistan digegarkan dengan gempa bumi yang kuat pada lewat Isnin, satu lagi gempa berlaku di Papua New Guinea (PNG) berukuran 6.6 magnitut pada skala richter pada Rabu.

Pada tahun 1998, sekurang-kurangnya 2,000 orang telah terkorban ditelan tsunami besar yang melanda PNG selepas negara kepulauan itu dilanda gempa bumi yang sangat kuat.

Gempa bumi yang terbaru ini dicatatkan berlaku pada kedalaman hanya 13 kilometer sahaja di dalam perut bumi, 23km dari pekan kecil Aitape dengan jumlah penduduk seramai 8,000 orang sahaja.

Dalam kejadian pada tahun 1998 itu, tsunami dengan ketinggian 10 meter telah memusnahkan sebahagian besar kawasan pantai berhampiran Aitape.

Artikel Berikut

AS Diserang Kali Kedua?

Artikel Lain