suria

New Zealand Akan Catat Sejarah Negara Asia-Pasifik Pertama Lulus Undang-Undang Perkahwinan Sejenis

WELLINGTON: Komuniti gay New Zealand telah mengadakan perhimpunan besar-besaran di sini pada Rabu untuk meraikan pembentukan undang-undang yang mengiktiraf dan mengesahkan perkahwinan sejenis.

New Zealand akan mencatat sejarah sebagai negara Asia-Pasifik yang pertama menghalalkan perkahwinan sejenis menerusi undang-undang.

Parlimen dijangka mengundi lewat petang Rabu ke atas rang undang-undang untuk meminda Akta Perkahwinan 1955 yang bakal memasukkan satu klausa baru yang menyebut perkahwinan adalah penyatuan dua insan tidak kira status seks mereka, kecenderungan seks mereka atau bagaimana mereka mahu gender mereka dikenalpasti.

Pengundian itu dijangka akan berlangsung tanpa halangan yang besar kerana ia bukan sahaja telah memperolehi sokongan padu daripada Perdana Menteri, John Key tetapi juga telah memperolehi sokongan majoriti dalam dua pusingan pengundian awal sebelum ini.

Artikel Berikut

AS Diserang Kali Kedua?

Artikel Lain