suria

Pesawat Lion Air Tergelincir Dari Landasan, Penumpang Selamat

Pasukan penyelamat sedang mengeluarkan mangsa dari pesawat yang terhempas di laut.
Pasukan penyelamat sedang mengeluarkan mangsa dari pesawat yang terhempas di laut.
Pasukan penyelamat sedang mengeluarkan mangsa dari pesawat yang terhempas di laut.

BALI: Sebuah pesawat Lion Air yang membawa lebih 100 penumpang dan anak kapal tergelincir dari landasan di pulau peranginan di sini pada Sabtu lalu terhempas di laut.

Seorang pegawai dari agensi mencari dan menyelamat, I Made Krisna Maharta melaporkan kira-kira 20 penumpang mengalami kecederaan.

Katanya, penumpang lain terselamat dan mereka yang cedera dikejarkan ke tiga hospital berlainan.

Siasatan awal mendapati terdapat 101 penumpang dan tujuh anak kapal berada dalam pesawat tersebut.

Rakaman TV menunjukkan polis dan pasukan penyelamat menggunakan bot getah untuk memindahkan mangsa dan anak kapal.

Menurut rakaman di siaran TV One menunjukkan pesawat tersebut mengalami keretakan teruk di bahagian tengah pesawat yang terapung di atas air.

Ketua Pengarah Bahagian Penerbangan Kementerian Pengangkutan, Harry Bakti Gumay berkata, pesawat tersebut tergelincir lalu terhempas di laut pada ketinggan kira-kira 50 meter.

Punca kemalangan masih belum dapat dipastikan dan Gumay berkata, siasatan sedang dijalankan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain