suria

Korea Utara Sekat Kemasukan Pekerja Korea Selatan Ke Zon Industri Bersama Cetus Ketegangan Baru

Beberapa trak dilihat berpatah balik ke pejabat kastam, imigresen dan kuarantin di Paju, Korea Selatan dekat sempadan perkampungan Panmunjom pada Rabu.
Beberapa trak dilihat berpatah balik ke pejabat kastam, imigresen dan kuarantin di Paju, Korea Selatan dekat sempadan perkampungan Panmunjom pada Rabu.
Beberapa trak dilihat berpatah balik ke pejabat kastam, imigresen dan kuarantin di Paju, Korea Selatan dekat sempadan perkampungan Panmunjom pada Rabu.

SEOUL: Korea Utara telah menghalang kemasukan eksekutif-eksekutif perkilangan dari Korea Selatan daripada memasuki zon industri yang dibentuk bersama antara kedua-dua negara itu sekaligus mencetuskan ketegangan baru pada Rabu.

Zon industri itu terletak di daerah Kaesong iaitu 10 kilometer ke dalam kawasan sempadan Korea Utara.

Di bawah kerjasama ekonomi dan perindustrian antara kedua-dua buah negara itu, Korea Utara menyediakan tanah manakal Selatan menyediakan kepakaran, modal dan pelabur.

Zon Industri Kaesong itu dibina pada tahun 2004 dan membuka peluang pekerjaan dan sumber pendapatan kepada para pekerja dari Utara.

Ramai yang melihat Kaesong selama ini sebagai simbol kerjasama yang tulen antara Korea Utara dan Selatan kerana lain daripada itu, kedua-dua buah negara ini tidak pernah temui titik persamaan.

Tetapi latihan ketenteraan dan ujian bom nuklear yang dilancarkan oleh Korea Utara telah mencetuskan ketegangan baru di Semenanjung Korea.

Para pegawai yang mengendalikan zon ini berkata, mereka telah menerima arahan terbaru daripada rakan sejawatan mereka dari Utara yang mengatakan kemasukkan pekerja dari Selatan akan disekat mulai Rabu.

Mereka juga memaklumkan bahawa 861 warga Korea Selatan yang kini sedang bekerja di zon industri berkenaan akan dibenarkan meninggalkan Korea Utara dengan segera.

Pada masa ini sejumlah 53,000 pekerja Korea Utara menikmati kemudahan pekerjaan daripada pembentukan zon industri ini yang kini berjumlah 120 buah kilang dan firma hasil pelaburan dari Korea Selatan.

Para pemerhati kini khuatir, penutupan pintu masuk ke zon industri berkenaan akan mencetuskan perang antara kedua-dua buah negara.

Setiausaha Negara Amerika, John Kerry telah memanggil satu mesyuarat tergempat di Washington DC pada Selasa dengan rakan sejawatannya dari Korea untuk membincangkan kemungkinan paling buruk yang akan berlaku.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain