suria

Serangan Di Mahkamah, Enam Maut, 70 Cedera

HERAT, Afghanistan: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 70 cedera apabila penyerang Taliban menyerang sebuah mahkamah dan bangunan di sekitar, di bandar Farah di Afghanistan pada Rabu, kata seorang pegawai.

“Laporan terbaru kami menunjukkan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 70 yang lain cedera,” kata Mohammad Akram Khpalwak, gabenor di wilayah Farah kepada AFP.

Beliau menambah, pertempuran itu masih berterusan ketika ini. - AFP

Artikel Lain