suria

Langgar Lari: Pemandu Bas SMRT Warga Malaysia Dipenjara 12 Bulan

SINGAPURA: Seorang pemandu bas SMRT dipenjara 12 bulan dan dilarang memandu selama sepuluh tahun dalam satu kes kemalangan langgar lari di tempat pejalan kaki melintas di Yishun.

Akhbar tempatan the Straits Times melaporkan Phang Yiap Choy, 29, mengaku bersalah menyebabkan kematian suri rumah Ng Sew Hong, 67, di persimpangan Yishun Avenue 2 berhampiran Yishun Central 1 pada 28 Okt 2011.

Ketika kejadian, Phang sedang membelok ke kanan menghala Yishun Avenue 2 dan melanggar mangsa yang sedang melintas selepas lampu isyarat pejalan kaki bertukar ke warna hijau.

Phang juga mengaku gagal berhenti dan memberi bantuan sewajarnya selepas kemalangan itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Satu Lagi Kes H7N9 Di China

Artikel Berikut

Artikel Lain