suria

AS Hantar 2 Pesawat Pejuang Ke Korea Selatan

Pesawat F-22 Raptor.
Pesawat F-22 Raptor.
Pesawat F-22 Raptor.

SEOUL: Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pada Isnin berhubung penghantaran pesawat pejuang Stealth ke Korea Selatan sebagai sebahagian program latihan bersama dengan negara itu yang kini mencetuskan ketegangan baru dengan Korea Utara.

Dua pesawat F-22 Raptor itu tiba di Korea Selatan pada Ahad untuk mengambil bahagian dalam latihan tahunan bersama dikenali sebagai 'Foal Eagle' yang akan tamat 30 April nanti.

Jurucakap tentera AS berkata, jet pejuang berkenaan terbang dari Pangkalan Udara AS di Okinawa, Jepun.

Meskipun ia bukan kali pertama jet pejuang F-22 digunakan dalam latihan bersama itu, namun kehadirannya memberi tekanan kepada Pyongyang yang sebelum ini mengisytiharkan negara itu di ambang perang dengan AS dan jirannya, Korea Selatan.

Korea Utara sebelum ini memberi amaran mengenai kehadiran pesawat pengebom nuklear AS B-52 dan B-S Stealth yang turut mengambil bahagian dalam latihan bersama tahun ini. AFP

Artikel Sebelum

Satu Lagi Kes H7N9 Di China

Artikel Berikut

Artikel Lain