suria

Soyuz TMA-04M Bawa Tiga Angkasawan Dilancar Ke Angkasa Lepas

BAIKONUR (Kazakhstan): Kapsul angkasa lepas, Soyuz TMA-04M yang membawa tiga angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dilancarkan dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan pada Jumaat.

Penerbangan kapsul angkasa Soyuz yang membawa tiga angkasawan NASA, Chris Cassidy dan angkasawan Russia, Pavel Vinogradov serta Alexander Misurkin hanya mengambil masa kurang enam jam.

Soyuz TMA-08M berlepas dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome tepat pukul 4.43 petang (waktu tempatan) dan dijangka tiba di stesen ISS kira-kira 10.32 malam (waktu tempatan).

“Ketiga-tiga angkasawan berkenaan mencatat sejarah mengharungi penerbangan paling singkat ke ISS,” kata jurucakap NASA, Josh Byerly.

Beliau berkata pelancaran berjalan lancar dan kapsul angkasa lepas itu selamat memasuki orbit tanpa sebarang masalah. - AP

Artikel Lain