suria

Roket Korea Utara Diarah Siap Sedia

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un pada Jumaat mengarahkan persiapan roket strategiknya bagi melakukan serangan ke atas Amerika Syarikat (AS) dan pangkalan tentera di Pasifik dan Korea Selatan.

Arahan itu dikeluarkan malam Khamis selepas mesyuarat tergempar komander tertinggi tentera Korea Utara susulan penghantaran pesawat pengebom nuklear B-2 Stealth dalam latihan bersama AS dengan Korea Selatan.

Kim berkata, sekiranya berlaku provokasi ketenteraan oleh AS, tentera Korea Utara mampu menyerang daratan Amerika serta pangkalan AS di Pasifik, termasuk di Hawaii, Guam dan Korea Selatan.

Ketegangan tercetus semula di Semenanjung Korea apabila dua pesawat B-2 menyertai latihan pengeboman di Korea Selatan dalam latihan bersama sekutu AS itu. - AFP

Artikel Lain