suria

Media Myanmar Akhirnya Berpeluang Tulis Dalam Akhbar Harian

YANGON, Myanmar: Selepas melalui zaman Internet dan mendapat berita di Twitter dan Facebook, wartawan Myanmar yang dikongkong menjalani satu revolusi yang lain iaitu akhbar harian.

Kebebasan baru telah mengatasi media Myanmar sejak rejim reformis mengambil alih kuasa sejak dua tahun lalu, tetapi undang-undang lama bermaksud berita-berita sulit hanya boleh disiarkan sekali seminggu.

Perubahan ini akan bermula dari 1 April, apabila 16 jurnal berita mingguan dibenarkan menjadi akhbar harian.

“Orang ramai begitu teruja untuk mempunyai akhbar harian. Tetapi saya bimbang sama ada harapan mereka dapat ditunaikan 100 peratus apabila akhbar-akhbar itu berada di pasaran,” kata Nyein Nyein Naing, editor 7Days News,yang merupakan salah satu jurnal berita yang paling popular di Myanmar. - AFP

Artikel Lain