suria

Lima Pengumpul Kayu Rakyat Vietnam Dibunuh

HANOI, Vietnam: Polis berkata, satu kumpulan memukul dan membunuh lima penduduk kampung rakyat Vietnam yang sedang mengumpul kayu bernilai dekat sempadan dengan Laos.

Pegawai polis, Nguyen Trong Tai pada Khamis berkata, kumpulan itu menuntut wang tebusan AS$700 (RM2,172.73) seorang sebelum mereka dibunuh.

Kesemua lelaki berkenaan diculik pada Sabtu di wilayah Wuang Binh yang terpencil.

Mayat mereka dijumpai pada Selasa.

Mereka mengumpul kayu-kayan, yang digunakan untuk haruman, sabun dan minyak wangi mewah. - AP

Artikel Lain