suria

Kerja Runtuhkan Tembok Berlin Disambung

BERLIN: Pihak pemaju meneruskan kerja-kerja meruntuhkan sebahagian Tembok Berlin yang masih kukuh, ketika orang ramai melancarkan demonstrasi membantah tindakan tersebut.

Menurut jurucakap polis, sebanyak empat panel tembok diruntuhkan bermula pada pukul 5 pagi waktu tempatan (1 pagi waktu Malaysia), sekali gus mewujudkan satu ruang seluas lima meter yang memerlukan pintu pagar dipasang.

Media tempatan melaporkan, kira-kira 250 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan ketika kerja-kerja meruntuhkan dijalankan.

Penunjuk perasaan terdiri daripada anggota-anggota parti pembangkang mula mengadakan demonstrasi di tembok sepanjang 1.3 kilometer itu ketika panel pertamanya diruntuhkan pada awal bulan ini. - AFP

Artikel Lain