suria

Bot Dilanda Puting Beliung, 12 Maut

COTABATO, Filipina: Seramai 12 orang terbunuh apabila satu puting beliung kecil menenggelamkan sebuah bot kecil yang dinaiki ramai penumpang di selatan negara ini.

Bot berkenaan membawa 18 orang melalui pulau Mindanao pada malam kelmarin sebelum dilanda puting beliung.

Seorang penumpang yang terselamat berkata, puting beliung kecil menghampiri bot dan ramai penumpang menjadi panik, sekali gus menyebabkan bot yang dinaiki terbalik.

Antara yang terbunuh ialah kanak-kanak berusia tiga tahun, tujuh tahun dan sembilan tahun dan kebanyakan mayat mangsa telah ditemui. - AFP

Artikel Lain