suria

Pendatang Asing Menang Loteri RM1.04 Bilion

PASSAIC, New Jersey: Seorang pendatang asing berusia 44 tahun dari Dominican Republic merupakan pemenang bagi cepumas (jackpot) loteri ‘Powerball’ sejumlah AS$338 juta (RM1.04 bilion) di Amerika Syarikat (AS), dan dia memberitahu kepada para pemberita dalam bahasa Sepanyol bahawa dia “amat gembira”.

Beberapa media berada di kedai minuman keras di New Jersey di mana tiket loteri itu dijual, pada Isnin apabila Pedro Quezada memasuki premis itu.

Mereka melaporkan pemilik kedai itu mengesahkan tiket Quezada sebagai pemenang.

Laporan turut mengenal pasti negara asalnya.

Loteri New Jersey mengesahkan tiket yang menang itu disahkan di kedai berkenaan.

Ia merupakan jackpot Powerball yang keempat terbesar dalam sejarah. - AP

Artikel Lain