suria

Profesor AS Mahu Jadi Presiden Iran

NEW BRUNSWICK, New Jersey: Seorang lelaki campuran Iran dan Amerika Syarikat (AS) yang tinggal di AS selama 40 tahun mahu menjadi Presiden Iran yang seterusnya.

Hooshang Amirahmadi merupakan seorang profesor di Universiti Rutgers selama hampir 30 tahun.

Amirahmadi mengisytiharkan mengenai hasratnya tahun lepas dan mahu ke serata dunia untuk mengumpul wang.

Kempen itu sesuatu yang panjang kerana profesor liberal itu mesti memenangi kelulusan pemimpin-pemimpin di negara itu untuk menyertai pemilihan.

Amirahmadi adalah presiden kepada Majlis Iran AS yang tidak berorientasikan keuntungan.

Beliau menghabiskan masa bertahun-tahun bekerja untuk hubungan rakyat AS-Iran.

Beliau memikirkan bahawa kebanyakan isu antara Barat dan Iran – termasuk memperkayakan nuklear- boleh diselesakan menerusi diplomasi dan mengembalikan semula kepercayaan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain