suria

Krew Kabin Wanita Menang Tuntutan Ubah Kod Pakaian

SEOUL: Krew kabin wanita yang berkhidmat dengan sebuah syarikat penerbangan Korea Selatan pada Selasa menang kes yang berpanjangan bagi menukarkan syarat kod berpakaian yang hanya boleh memakai skirt selepas suruhanjaya hak asasi manusia kebangsaan menyifatkannya sebagai satu diskriminasi.

Bermula awal bulan depan, kira-kira 3,000 krew kabin wanita bagi penerbangan Asiana dibenarkan untuk memakai seluar buat pertama kali sejak syarikat itu ditubuhkan selama 25 tahun, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Keputusan itu ekoran pemerhati hak asasi manusia memberi respons kepada laporan oleh Kesatuan Dagangan Gabungan Korea, yang melihat kod berpakaian pada masa ini sebagai satu “diskriminasi gender”.

Asiana mempunyai kod berpakaian sebanyak 10 muka surat untuk krew kabin wanita, yang meliputi kesemuanya dari saiz subang sehingga ke warna rambut dan jenis solek pada mata.

Ketua kesatuan tenaga kerja Asiana, Kweon Soo-Joung berkata, beliau mengalu-alukan keputusan syarikat itu tetapi terdapat suara-suara yang bimbang bahawa krew kabin masih tertekan untuk tidak memakai seluar.

“Terdapat kemungkinan bagi krew yang senior akan menilai secara negatif terhadap mereka yang memakai seluar, dalam laporan prestasi dalaman,” kata Kweon kepada agensi berita Yonhap. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain