suria

Kerjasama Qantas, Jetstar Dapat Kelulusan

MELBOURNE: Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia (ACCC) meluluskan usaha kerjasama baharu antara Qantas dan Jetstar Airways untuk sekurang-kurangnya lima tahun akan datang, demikian menurut Qantas pada Selasa.

Perkongsian berkenaan membolehkan kedua-dua syarikat itu bekerjasama bagi laluan dalam Asia oleh Jetstar Asia, Jetstar Pacific, Jetstar Japan, dan Jetstar Hong Kong.

Syarikat penerbangan itu boleh menyelaras kerjasama operasi bagi perkhidmatan penumpang serta kargo dan diberikan kebenaran untuk memperluaskan usaha sama pada masa depan, kata pengerusi suruhanjaya berkenaan Rod Sims dalam satu kenyataan, Selasa. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain