suria

Pameran Batik, Juadah Malaysia Di Mumbai

NEW DELHI: Dalam usaha memperkenalkan Malaysia di mata dunia, Perwakilan Mumbai yang dianggotai isteri-isteri warga kerja Kementerian Luar di sini mengadakan pameran batik dan juadah Malaysia.

Acara sehari itu dihadiri isteri diplomat asing antaranya isteri konsul jeneral dari China, Argentina dan Rusia.

Menurut Pengerusi Perwakilan Mumbai, Siti Hazura Mohd Ghaus, sepanjang acara itu, tetamu turut menyaksikan demonstrasi menganyam ketupat dan membuat kuih roti jala.

Tetamu yang turut terdiri daripada rakan-rakan kami dari India, Sri Lanka, Korea, Perancis, Indonesia juga dihidangkan dengan juadah nasi himpit, katanya.

"Menerusi majlis ini diharapkan kawan-kawan kami dari negara luar dapat mengenali Malaysia dengan lebih mendalam terutama mengenai warisan budayanya sebagai sebuah negara berbilang bangsa," katanya.

Menurutnya pelbagai jenis batik turut dipamerkan termasuk batik yang dilukis tangan dan dijadikan baju kurung Pahang.

"Majlis sangat menarik terutama demonstrasi menganyam ketupat dan cara membuat roti jala," kata isteri Konsul Jeneral Rusia Alina Novikova. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain