suria

Lelaki Bersenjata Serbu Penjara, Bunuh Empat Tahanan

YOGYAKARTA: Sekumpulan lelaki bersenjata terlatih, awal pagi Sabtu, menyerbu penjara Indonesia di pulau Jawa dan membunuh empat tahanan yang dituduh membunuh seorang askar pasukan khas.

Sekurang-kurangnya 17 lelaki bertopeng dan bersenjata yang marah dengan pembunuhan ahli unit tentera elit Indonesia, dikenali sebagai Kopassus, memecah masuk ke penjara Cebongan Yogyakarta kata ketua polis tempatan Brig. Sabar Rahardjo.

Penyerang menyiksa beberapa pengawal dan memaksa mereka untuk membuka sel penjara selepas tengah malam.

Empat tahanan telah diheret dari sel mereka dan ditembak dengan senjata automatik sebelum lelaki bersenjata memusnahkan kamera pengawasan dan melarikan diri, katanya.

"Mereka kelihatan sangat profesional," menurut Rahardjo.

"Perbuatan mereka dilakukan hanya dalam masa lima minit."

Rahardjo berkata dua pengawal cedera semasa serangan.

Polis dan penyiasat tentera masih mengumpul bukti dari tempat kejadian, dan beberapa saksi telah disoal siasat.

"Sesiapa yang melakukannya harus segera ditangkap dan didakwa," kata Djoko Kramnik, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan.

Rahardjo berkata serangan pada Sabtu ini dilihat dicetuskan akibat pembunuhan anggota Kopassus di kafe Yogyakarta, pada Selasa.

Empat suspek ditahan oleh polis beberapa jam kemudian .

Tentera Kopassus telah terlibat dalam pelbagai jenayah perang dan pencabulan hak asasi manusia selama bertahun-tahun.

Pegawai Indonesia berkata mereka sedang berusaha untuk menangani masalah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain