suria

Ketua Perikatan Kebangsaan Syria Letak Jawatan

KAHERAH: Ketua Pakatan Pembangkang Syria, Moaz al-Khatib meletak jawatan pada Ahad selepas menyuarakan kekecewaan dirinya kerana kurang mendapat sokongan antarabangsa dan tempatan.

"Saya pernah berjanji untuk meletak jawatan sekiranya berlaku sesuatu masalah," ujarnya menerusi laman sosial Facebook rasmi miliknya tanpa mendedahkan perjanjian tersebut.

Katanya, dia memenuhi perjanjian tersebut dan akan melakukan kerja secara bebas selepas ini.

"Sekarang saya memenuhi janji meletak jawatan dari Perikatan Kebangsaan supaya saya boleh bekerja secara bebas, sesuatu yang tidak diperuntukkan dalam institusi rasmi," ujarnya lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain