suria

Ibu Tidak Tahu Kematian Anak Dihempap Papan Tanda

MONTGOMERTY, Alabama: Ibu kepada budak lelaki Amerika Syarikat (AS) yang terbunuh akibat papan tanda lapangan terbang yang jatuh masih tidak sedarkan diri di hospital kerana turut mengalami kecederaan, tidak mengetahui mengenai kematian anaknya itu.

Heather Bresette dan dua lagi anak lelakinya cedera parah apabila sebuah papan tanda seberat 136 kilogram jatuh menghempap mereka pada Jumaat lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Brimigham-Shuttelsworth di Alabama.

Wanita itu dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri selepas melalui pembedahan kerana buku lali dan pelvisnya patah.

“Dia tidak tahu yang anak lelakinya mati,” kata paderi bagi keluarga itu, Rev. Don Farnan.

Luke Bresette, anak ketiga daripada lima adik-beradik itu meninggal dunia.

Adik lelakinya, Tyler yang berusia lima tahun mengalami konkusi.

Abangnya Sam berusia lapan tahun patah kaki dan hidung.

Selepas papan tanda itu jatuh, ia memerlukan enam orang untuk mengangkatnya dan berbelas yang lain turut membantu memegangnya.

Penstrukturannya diselia oleh Brasfield & Gorrie Global Services Group.

“Ia merupakan tragedi yang dahsyat yang kesemua kita tidak dapat memahami sepenuhnya,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain