suria

Serangan Pengebom Berani Mati Di Dalam Masjid Ragut 42 Nyawa

Masjid Eman musnah berikutan serangan pengebom berani mati yang meletupkan diri di dalamnya ketika umat Islam sedang menunaikan solat pada sebelah petang di daerah Mazraa, Damsyik, Syria.

DAMSYIK: Serangan pengebom berani mati di dalam Masjid Eman yang terletak di tengah-tengah ibu kota Syria awal pagi Jumaat meragut 42 nyawa.

Turut terkorban adalah ulama terkenal Sunni negara itu, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti yang difahamkan cenderung kepada rejim pemerintah.

Serangan yang dilakukan pada sebelah petang itu menyaksikan pengebom berani mati meletupkan dirinya sendiri ketika Mohamed al-Bouti sedang mengadakan ceramah agama untuk pelajarnya.

"Jumlah kematian susulan serangan pengganas ini meningkat kepada 42 manakala 84 mangsa lain mengalami kecederaan," kata pegawai polis.

Kematian Mohamed al-Buti disifatkan satu tamparan hebat kepada Presiden Bashar al-Assad, di mana beliau sedang berusaha menamatkan ancaman pemberontak di negara itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain