Letupan Bom Kereta: Terbunuh di Pakistan - Dunia | mStar

Letupan Bom Kereta: Terbunuh di Pakistan

PESHAWAR (Pakistan): Sekurang-kurangnya 12 terbunuh manakala 20 yang lain cedera apabila bom yang diletakkan di dalam sebuah kereta meletup di kem pelarian, barat laut Pakistan, pada Khamis.

Letupan berlaku di kem pelarian Jalozai berdekatan bandar Peshawar iaitu penempatan sementara penduduk di sempadan Afghanistan yang juga kubu kuat pergerakan Taliban yang dikaitkan dengan rangkaian kumpulan Al-Qaeda.

Ketua Polis Daerah, Mohammad Hussain mengesahkan jumlah mangsa yang terbunuh.

Sementara itu, pegawai polis yang bertanggungjawab ke atas keselamatan kem berkenaan, Fuad Khan, berkata bom meletup dalam sebuah kereta yang diletakkan berhampiran pejabat pentadbiran di mana tempat pelarian mendapatkan makanan dan pendatang baru didaftarkan.

“Beberapa kem berdekatan pejabat pentadbiran itu juga merasai gegaran letupan bom berkenaan,” katanya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Minnie Mouse Tinggalkan Imej Polka Dot

Artikel Berkaitan

Artikel Lain