suria

18 Pekerja Terperangkap Di Bawah Tanah Lombong

KRAKOW, Poland: Seramai l8 pelombong terperangkap di bawah tanah di lombong tembaga di Poland selepas berlakunya gempa bumi yang menyebabkan gua runtuh, kata pengendali lombong, KGHM.

"Maklumat terbaru ialah 18 pelombong terperangkap, empat orang telah menyelamatkan diri keluar dari kawatan itu,” kata KGHM dalam satu kenyataan selepas satu berita awal menyatakan 17 pekerja terperangkap.

Pelombong terperangkap pada kira-kira 600 meter di bawah tanah di lombong Rudna, kira-kira 400 kilometer barat daya dari ibu negara Poland, dan tiada hubungan dengan mereka selama dua jam, kata jurucakap KGHM, Darius Wyborski.

“Terdapat satu gempa bumi di lombong Rudna,” kata Wyborski.

“Operasi menyelamat begitu sukar dilakukan kerana sejumlah batu besar perlu dialihkan.” - REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain