suria

Majlis Keselamatan Syria Lantik Ghassan Hitto Sebagai PM

ISTANBUL: Majlis Keselamatan pembangkang Syria pada Selasa memilih Ghassan Hitto, eksekutif komunikasi yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) selama beberapa dekad, sebagai Perdana Menteri untuk wilayah yang diancam pemberontakan dan dirundung kemiskinan.

"Ghassan Hitto memenangi sebanyak 35 daripada 48 undi," kata ahli Gabungan, Hisham Marwa kepada pemberita di Istanbul, Turki.

Undian itu dibuat selepas 14 jam rundingan tertutup diadakan di kalangan 70 ahli Gabungan.

Mereka menyifatkan Hitto sebagai pemimpin disenangi kumpulan Islam dan puak liberal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain