suria

PM China Isytihar Perang Menentang Rasuah

BEIJING: Perdana Menteri China Li Keqiang menggesa rakyat supaya bangkit menentang rasuah, dan berkata kerajaan baru sedia menerima "seliaan" daripada masyarakat dan media mengenai tadir urus yang bersih.

Beliau berkata sebuah mekanisme yang berkesan akan diwujudkan bagi menentukan tidak berlaku rasuah di kalangan pegawai; atau mereka akan menerima padah.

Li berjanji akan berusaha mendapatkan kepercayaan rakyat dan memberi faedah kepada mereka dengan mengamalkan sikap berjimat dalam perbelanjaan kerajaan.

Agensi berita Xinhua melaporkan beliau sebagai memberi jaminan bahawa bilangan petugas awam, perbelanjaan bagi keraian rasmi, lawatan rasmi keluar negara dan pembelian kenderaan rasmi akan dikurangkan.

Li berikrar bahawa kerajaannya akan mengurangkan 1,700 bahan pentadbiran yang telah diluluskan pada kadar sekurang-kurang satu pertiga dalam tempoh lima tahun akan datang. -BERNAMA

Artikel Lain